Hits: 2878

9 Desember 2016

Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Brunei Darussalam menyertai kerjasama bagi China ASEAN Merentas Sempadan (Cross Border) Platform B2B di Beijing, China.

Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Brunei Darussalam (BDNCCI) telah menyertai Dewan Perniagaan dan Perindustrian (NCCI) dari Negara Negara ASEAN yang lainnya dalam menandatangani memorandum persefahaman dalam kerjasama China ASEAN Merentas Sempadan Platform  B2B dengan Majlis China untuk Promosi Perdagangan Antarabangsa (CCPIT ) semasa Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China ASEAN (CABIS) di Beijing, China pada Jumaat 9 Disember 2016. Di tengah-tengah peningkatan perlindungan perdagangan dan anti-globalisasi di dunia, platform tersebut dijangka akan membantu perdagangan bebas di Asia dan memudahkan proses merentas sempadan, terutamanya dalam menyediakan akses pasaran negara-negara ASEAN ke China, satu kawasan yang paling sibuk di dunia dalam perdagangan dan seterusnya mengembangkan lagi ke pasaran di Jepun, Korea, Australia, Eropah dan Amerika Syarikat.

CCPIT memulakan Platform e-dagang China-ASEAN pada tahun 2015 di Nanning, Guangxi, China dan selepas itu terlibat dengan NCCI ASEAN untuk bersama-sama membangunkan platform, dan seterusnya memperluaskan kerjasama di antara China dan NCCI ASEAN dalam e-dagang. CCPIT juga terlibat dengan Sunning Commerce Group, perniagaan runcit ‘online to offline’ O2O yang terbesar di China yang memanfaatkan kepakaran O2O mereka untuk pembangunan dan sokongan operasi platform tersebut.

Hadir dalam pelancaran platform tersebut ialah Ketua / Wakil NCCI dari 10 negara ASEAN, pegawai tinggi dari kedutaan Negara Negara ASEAN yang berpejabat di Beijing, dan juga perniaga peniaga utama. Pengerusi CCPIT, Mr Jiang Xingwei, telah merasmikan pelancaran itu dengan menekankan bahawa "Dengan lebih 260 juta pengguna internet, ASEAN menikmati kelajuan yang paling cepat dalam pertumbuhan pengguna. China dan ASEAN saling melengkapi dalam struktur ekonomi, dan e-dagang yang akan seterusnya memberikan rangsangan hebat kepada hubungan perdagangan ".

Fauziah DSP Hj Talib, Penolong Setiausaha Perdagangan, Dewan Perniagaan & Perusahaan Melayu Brunei (DPPMB) dan Siti Zaleha Kaprawi, Penolong Setiausaha Informasi, kedua-dua mereka menghadiri acara tersebut bagi pihak Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Brunei Darussalam (BDNCCI). Pada mesyuarat persidangan diadakan, Fauziah menyatakan, "Dalam waktu yang mencabar ini  kita perlu meninjau kearah pendekatan yang berinovatif dalam menjalankan perniagaan, dan platform tersebut adalah saluran alternatif yang sangat dialu-alukan untuk mempromosikan perniagaan Brunei (terutamanya SME) untuk pasaran yang lebih luas lagi. BDNCCI akan memainkan peranan yang besar dalam memastikan ahli anggotanya mempunyai akses atau laluan kepada platform yang diiktiraf itu dan akan merangkumi ciri-ciri yang ada pada produk Brunei dan perkhidmatan yang berkaitan. Yang penting, perniagaan dapat menyusuri ke pasaran China (dan seterusnya) dan mengambil bahagian dalam merentasi sempadan perdagangan di platform yang menyokong pembayaran secara online, logistik dan permit kastam. "

Siti Zaleha juga berkata, "Kami (Dewan) perlu memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran dan menggalakkan kepada komuniti perniaga Brunei yang belum menjadi ahli agar dapat mendaftar, kerana, melalui Dewan, mereka akan dapat melayakan diri untuk mendapatkan laluan kepada platform tersebut. Kami amat teruja diberi peluang untuk bekerjasama dengan CCPIT dan NCCI ASEAN dan insyaAllah berjaya menyediakan peluang bagi perniagaan Brunei ke pasaran luar. "

NCCI ASEAN adalah persatuan perniagaan utama negara-negara ASEAN, diiktiraf dan memainkan peranan yang utama dalam menjangkau kepada ahli dan komuniti perniagaan secara amnya. Platform ini akan memberi kepercayaan kepada setiap ketua NCCI untuk mengesahkan kredibiliti ahli-ahli mereka, bagi penyertaan sehingga 100 orang perniaga, dan yang penting, untuk memastikan bekerjasama dengan pihak berkepentingan yang berkaitan, menangani keperluan bagi mewujudkan peraturan dan standard e-dagang di antara Brunei Darussalam dan China.

Fauziah, bekas ahli Majlis Penasihat Perniaga ABAC dan ASEAN-BAC, pernah bekerja dengan CCPIT dan semasa mesyuarat ABAC yang diadakan pada tahun 2011 di Guangzhou, China, beliau telah dipilih bersama ketua ahli ABAC dari 19 ekonomi APEC untuk melaksanakan peranan mempromosikan aktiviti berkaitan CCPIT-APEC di peringkat kebangsaan. Sehubungan dengan itu beliau lebih peka dan memahami hubungan diantara CCPIT dan platform serantau bagaimana ini boleh memberi kesan kepada Dewan (DPPMB dan BDNNCI ). Siti Zaleha memberi sokongan dalam penyediakan maklumat yang berkaitan dan mengumpulkan segala informasi dan potensi peluang perniagaan dan pelaburan yang dikenal pasti untuk ahli-ahli BMCCI dan BDNCCI. Kedua-dua berusaha untuk mengukuhkan hubungan dengan CCPIT dan pelbagai NCCI ASEAN, bagi memastikan rangkaian jaringan yang mempunyai impak untuk perniagaan Brunei.

Fauziah juga telah mengadakan perbincangan sampingan dengan ahli-ahli NCCI ASEAN mengenai kebangkitan Dewan Perdagangan dan Industri ASEAN (CCI ASEAN) keahlian dan kemasukan semula BDNCCI pada platform ini. Ini akan membolehkan BDNCCI untuk menyumbang kepada perbincangan mengenai isu-isu perniagaan dan pelaburan, dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan akses agar mendapat memberi impak bagi perniagaan di Negara Brunei Darussalam dan di rantau ASEAN.

 

  • Brunei Darussalam National Chamber of Commerce and Industry (BDNCCI) joined other lead ASEAN NCCI in the launching of the China ASEAN Ecommerce platform at the China ASEAN Business and Investment Summit (CABIS)
    Brunei Darussalam National Chamber of Commerce and Industry (BDNCCI) joined other lead ASEAN NCCI in the launching of the China ASEAN Ecommerce platform at the China ASEAN Business and Investment Summit (CABIS)
  • Brunei Darussalam National Chamber of Commerce and Industry (BDNCCI) joined other lead ASEAN NCCI in the launching of the China ASEAN Ecommerce platform at the China ASEAN Business and Investment Summit (CABIS)
    Brunei Darussalam National Chamber of Commerce and Industry (BDNCCI) joined other lead ASEAN NCCI in the launching of the China ASEAN Ecommerce platform at the China ASEAN Business and Investment Summit (CABIS)
  • Conference meeting on the sideline of CABIS - ASEAN NCCI and CCPIT discussed the way forward for the commerce platform
    Conference meeting on the sideline of CABIS - ASEAN NCCI and CCPIT discussed the way forward for the commerce platform
  • BDNCCI signed an MOU on the on the cooperation for China ASEAN Cross Border B2B Platform with China Council for the Promotion of International Trade (CCPIT)
    BDNCCI signed an MOU on the on the cooperation for China ASEAN Cross Border B2B Platform with China Council for the Promotion of International Trade (CCPIT)
  • BDNCCI signed an MOU on the on the cooperation for China ASEAN Cross Border B2B Platform with China Council for the Promotion of International Trade (CCPIT)
    BDNCCI signed an MOU on the on the cooperation for China ASEAN Cross Border B2B Platform with China Council for the Promotion of International Trade (CCPIT)
  • IMG 20161209 152828
  • IMG 20161209 152836

 

200 OK

OK

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, [no address given] and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.