Hits: 1315

Pihak Dewan Perniagaan & Perusahaan Melayu Brunei (DPPMB) telah menerima lawatan persahabatan daripada PERDASAMA Cawangan Selangor pada hari Juma'at, 7hb Oktober 2017.

PERDASAMA, singkatan kepada Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia, telah ditubuhkan secara rasmi dibawah Akta Pertubuhan Malaysia 1966 pada 9hb Disember 1998. PERDASAMA mempunyai keahlian seramai 15,000 syarikat bumiputera Malaysia dengan keahlian aktif seramai 4,800 di 13 buah cawangan di seluruh Malaysia dan merupakan sebuah persatuan yang fokus terhadap hak dan kepentingan masyarakat pedagang dan pengusaha bumiputera.

Rombongan PERDASAMA Selangor yang seramai 12 orang itu diketua oleh Yang Mulia Mohd. Azamanizam bin Baharon, Yang Di Pertua PERDASAMA Selangor.

Tujuan kunjungan muhibbah itu ialah untuk mengeratkan silaturrahim di antara PERDASAMA dengan DPPMB, dan menubuhkan jambatan perhubungan di antara Brunei Darussalam dan Malaysia untuk kerjasama perniagaan dan perusahaan di antara peniaga- peniaga dan pengusaha-pengusaha kedua-dua buah negara.

Perbincangan di antara kedua-dua belah pihak membuahkan persetujuan untuk bekerjasama di dalam bidang perniagaan. Penandatanganan plak kenang-kenangan diadakan di Bilik Mesyuarat DPPMB di ibu pejabat DPPMB di Tapak Perinudstrian Beribi, Gadong. Menandatangani plak tersebut ialah Yang Mulia Dr. Hj. Kamaruddin bin Dato Paduka Hj. Talib, Yang Di Pertua DPPMB dan Yang Mulia Mohd. Azamanizam bin Baharon, Yang Di Pertua PERDASAMA Selangor.

 

DiTulis Oleh:
Haji Mohammad Soffian Bin Haji Umar
Setiausaha Penerangan & Perhubungan Awam

200 OK

OK

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, [no address given] and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.